التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Tebas bantah format baharu Piala Dunia Kelab

PRESIDEN La Liga, Javier Tebas.
LONDON: Presiden La Liga, Javier Tebas memberi amaran yang format baharu Piala Dunia Kelab 2021 dilancarkan FIFA akan menjejaskan liga-liga domestik.
Tebas turut menggesa badan-badan bola sepak Eropah untuk bekerjasama mengagihkan semula sumber mereka untuk kebaikan sukan berkenaan, sambil memberi amaran kumpulan kecil kelab-kelab elit akan menjadi lebih kaya.
Diketuai presidennya Gianni Infantino, FIFA memutuskan untuk mengubah format Piala Dunia Kelab yang berlangsung setahun sekali itu tahun depan, menjadikannya kejohanan 24 pasukan daripada tujuh pasukan sebelum ini.
Piala Dunia Kelab 2021 akan berlangsung di China dari Jun hingga Julai tahun depan dan dijangka diadakan empat tahun sekali, walaupun Tebas percaya FIFA, yang disokong kelab-kelab besar, akan menjadikannya kejohanan dua tahun sekali.
“Kita mempunyai keseimbangan, satu ekosistem antara liga-liga berbeza di Eropah dan benua-benua lain, dan kini kita mempunyai penceroboh yang akan mengganggu keseimbangan itu,” kata Tebas.
“FIFA sepatutnya menjadi badan pengawal selia, tetapi mereka bertukar daripada mengatur jadual dan menganjurkan Piala Dunia kepada bercakap tentang mengadakan Piala Dunia Kelab dua tahun sekali.
“Ia akan mengubah senario sekarang. Kita tidak boleh membiarkannya.” – REUTERS

تعليقات