التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Klopp kritik penganjuran Piala Dunia Kelab

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto AFP

DOHA: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool fokus sepenuhnya untuk memenangi Piala Dunia Kelab minggu ini menjelang separuh akhir berdepan Monterrey dari Mexico tetapi mengkritik tarikh kejohanan dan mempersoalkan perancangan FIFA melebarkan kejohanan itu pada masa depan.
“Kami kini berada di sini, dan kami fokus sepenuhnya, tapi jika anda tanya saya sebelum ini jika saya rasakan kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada pertengahan musim, saya akan katakan tidak, pandangan ikhlas saya,” kata Klopp di Stadium Khalifa International dekat Doha.
Kelab dari Anfield mengambil sedikit masa ketika sibuk mengejar gelaran Liga Perdana dengan berkunjung ke Qatar bagi kejohanan berkenaan menerusi wakil Eropah hasil kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.
Jika Liverpool menang menentang wakil Mexico, mereka akan mara ke final pada Sabtu berdepan sama ada Flamengo dari Brazil atau wakil Arab Saudi, Al Hilal, dan jika mereka tewas pada separuh akhir mereka akan kekal di Qatar untuk saingan penentuan tempat ketiga hujung minggu ini. - AFP

تعليقات