التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kelab juara Oceania idam jumpa Liverpool



PEMAIN kelab ini yang bakal beraksi pada Piala Kelab Dunia di Qatar, esok melakukan pekerjaan seperti memburu bersama penduduk pribumi, bermain bola sepak pantai dan menguruskan asrama.
Apapun mengenainya, itulah kehidupan dilalui oleh kapten kelab bola sepak Hienghene Sport, Bertrand Kai.
Kelab juara Oceania itu akan bertarung pada pertandingan itu yang berlangsung sehingga 22 Disember ini.
Ceritanya menggambarkan kelab yang hanya beraksi di stadium dengan kapasiti 1,800 dan ia hanya ditubuhkan pada 1997 dalam Wilayah Perancis di Kepulauan Pasifik New Caledonia.
Ia terletak 900 batu (1,450 kilometer) dari pantai timur Australia dengan penduduk tidak sampai 300,000 orang.
Mereka adalah kelab kedua Oceania yang bukan dari Australia atau New Zealand mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Dua kemenangan akan membolehkan mereka bertemu juara Eropah pada final.
Jika mereka menewaskan kelab Qatar selaku tuan rumah, Al-Sadd diikuti kejayaan ke atas kelab Mexico, Monterrey, Sabtu ini, skuad yang memiliki lapan muka surat Wikipedia berkenaan berpeluang menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Ia detik membanggakan buat negara saya. Kami mempunyai pemain yang hadir daripada seluruh pelusuk negara, dari pulau-pulau utara hingga ke selatan - tidak kira bangsa apa sekalipun," kata ketua jurulatih, Felix Tagawa.

تعليقات